Sunday, January 10, 2010

TUGASAN: MOVIE MAKER (ADAB TERHADAP KEDUA IBU BAPA)

Video ini dihasilkan berdasarkan subjek Pendidikan Islam tingkatan 1 yang bertajuk "adab terhadap kedua ibu bapa". kumpulan kami memilih tajuk ini untuk dihasilkan sebagai video kerana kami merasakan dewasa ini rasa hormat, kasih dan sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya semakin berkurangan.

Walaupun pada hakikatnya jasa ibu dan bapa tidak ternilai dan tidak dapat dibalas tapi disini kami ingin sama-sama mengajak rakan-rakan yang lain untuk berfikir sejenak dan mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan ibu dan bapa terhadap diri kita. Memang sungguh tidak ternilai dan tidak mampu untuk di balas....

Lakarlah satu detik kemanisan buat ibu dan ayah kita walupun kita tahu mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita tetapi percayalah detik kemanisan yang kita lakarkan buat mereka mampu membuat mereka tersenyum dan menitis air mata kegembiraan.......

Mereka tidak mengharapkan kita membeli sebuah kereta mewah untuknya, mereka juga tidak mengharapkan sebuah banglo yang tersergam indah untuk diri mereka dan mereka juga tidak mengharapkan jutaan ringgit daripada kita untuk kehidupan mereka tetapi bagi mereka cukuplah dengan kita mengukir satu kejayaan di menara gading dan sentiasa mengingatinya serta mendoakannya...

Ingatlah rakan-rakan sekalian syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu dan ingatlah juga wahai sahabat-sahabat sekalian redhanya Allah terhadap kehidupan kita di dunia ini adalah bersama-sama redhanya kedua ibu bapa kita..

Begitulah betapa diangkatnya darjat kedua ibu bapa di sisi Allah Yang Maha Esa kerana betapa tulusnya hati mereka. Jadi marilah sama-sama kita memuhasabah diri dan lakukan yang terbaik buat ibu dan bapa kita selagi mereka masih di izinkan Allah untuk bersama-sama dengan kita bagi merasai nikmat kehidupan di dunia moga-moga tidak terbinanya satu penyesalan seandainya Allah Yang Maha Esa menjemput mereka ke dunia yang kekal abadi......tidak lupa Al-Fatihah dan doa buat Ibu Dan Ayah yang telah di jemput oleh Ilahi......moga2 rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman......

Hasil Nukilan: Nur Adila, Nor Diyana & Rawiyah

1 comment:

  1. Everyone's a mobster that deals with Bush and government in the SYNSEA 7.
    And they spread their toxic minds and souls all over the planet with DESEESE.
    DESTRUMP, too.
    So, when the movie " KANSAS KINGS" is made, it will certainly bring down every single regime that screwed the people , bigtime.
    ESSO is nothing .
    BP,either.
    That's merely a " pittance".

    ReplyDelete