Thursday, January 21, 2010

MENCARI CINTA......

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Gurun: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok bagi kita..jangan tunggu lagi..mulakan langkah kanan..

ingat lagu ni 'jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang'

InsyaAllah andai memang dia jodoh kita takkan kemana jua...

TUGASAN: POWER POINT (ZAKAT FITRAH)

http://www.scribd.com/doc/25524654

Power point ini dihasilkan daripada subjek Pendidikan Islam tingkatan 2 dalam bahagian Ibadat. Slide ini di muatkan dengan perkara yang berkaitan dengan zakat fitrah serta ddisertakan dengan dalil Al-Quran dan Hadis

Wednesday, January 20, 2010

TUGASAN: MENGHASILKAN GAMBAR (TAJUK:MEMELIHARA KESUCIAN MASHAF)





















Saya memilih tajuk 'Memelihara kesucian Mashaf' iaitu salah satu tajuk dalam bahagian adab dan akhlak dalam subjek pendidikan Islam tingkatan 2 sebagai salah satu tajuk untuk menghasilkan gambar. Dibawah adalah diantara gambar yang telah saya hasilkan melalui beberapa kaedah capture gambar yang saya pelajai di dalam subjek teknologi dan innovasi. Antara gambar yang saya hasilkan adalah gambar Al-Quran yang diambil secara line, beberapa gambar yang menunjukkan adab terhadap Mashaf antaranya menutup aurat ketika membacanya, memegang dan membawa Mashaf dengan tangan kanan serta meletakkan Mashaf ditempat yang tinggi dan selamat serta mudah untuk diambil ketika ingin menggunakan dan membacanya.

TUSASAN 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

http://www.scribd.com/doc/25515258

Tuesday, January 19, 2010

TUGASAN 2: KUIZ ANALITIKAL

SOALAN 1:(Bahagian Ibadah Tingkatan 4: Lambaian Ka'abah)

Ahmad dan isterinya telah menunaikan haji, tetapi sewaktu menunaikan haji mereka terlupa untuk melakukan wukuf di Padang Arofah. Apakah hukum hajinya dan berikan alasan.


JAWAPAN:

Haji mereka terbatal kerana wukuf di Padang Arafoh adalah salah satu daripada rukun haji

.....................................********.....................................

SOALAN 2:(Bahagian Ibadah Tingkatan 2: Zakat Fitrah)

Pak Ali baru menerima seorang cahaya mata pada pagi 1 ramadan tetapi selepas tiga jam kemudian doktor telah mengesahkan bahawa anaknya telah meninggal dunia. Adakah Pak Ali wajib membayar zakat fitrah untuk cahaya matanya dan berikan alasan bagi jawapan anda


JAWAPAN:

Pak Ali tidak wajib membayar zakat untuk cahaya mata barunya yang telah meninggal dunia kerana dia tidak sempat hidup sehingga akhir Ramadan.
Salah satu syarat wajib zakat ialah anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

TUGASAN 1: PENCERITAAN

CERITA 1: UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya melihat ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Seterusnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau lakukan, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga terlebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.


KAITAN DENGAN ISI:

1. Hikmah beriman dan sentiasa mengingati Rasullulah S.A.W dengan sentiasa
mengamalkan selawat kepada Rasullulah
2. Yakin dengan kekuasaan Allah dan bersifat jujur


PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN:

Diceritakan selepas menerangkan kesan daripada mengamalkan selawat kepada Rasullulah atau di akhir pengajaran bagi tajuk “Beriman Kepada Rasullulah” dalam bahagian akidah tingkatan 3

....................................*********......................................

CERITA 2: AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan memperlihatkan orang yang pernah membacanya untuk mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : " Dari manakah kami memperolehi semua ini, padahal amal kami tidak sampai pada tahap ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


KAITAN DENGAN ISI:

1. Kelebihan Al-Quran
2. Hikmah membaca dan mendalami Al-Quran


PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN:

Diceritakan selepas menerangkan peranan Al-Quran dalam tajuk “Al-Quran Menjamin Kecemerlangan Hidup” dalam bahagian tilawah Al-Quran tingkatan 1 atau di akhir pengajaran bagi tajuk “Kemuliaan Al-Quran ” dalam bahagian tilawah Al-Quran tingkatan 5

Sunday, January 10, 2010

TUGASAN: MOVIE MAKER (ADAB TERHADAP KEDUA IBU BAPA)

Video ini dihasilkan berdasarkan subjek Pendidikan Islam tingkatan 1 yang bertajuk "adab terhadap kedua ibu bapa". kumpulan kami memilih tajuk ini untuk dihasilkan sebagai video kerana kami merasakan dewasa ini rasa hormat, kasih dan sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya semakin berkurangan.

Walaupun pada hakikatnya jasa ibu dan bapa tidak ternilai dan tidak dapat dibalas tapi disini kami ingin sama-sama mengajak rakan-rakan yang lain untuk berfikir sejenak dan mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan ibu dan bapa terhadap diri kita. Memang sungguh tidak ternilai dan tidak mampu untuk di balas....

Lakarlah satu detik kemanisan buat ibu dan ayah kita walupun kita tahu mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita tetapi percayalah detik kemanisan yang kita lakarkan buat mereka mampu membuat mereka tersenyum dan menitis air mata kegembiraan.......

Mereka tidak mengharapkan kita membeli sebuah kereta mewah untuknya, mereka juga tidak mengharapkan sebuah banglo yang tersergam indah untuk diri mereka dan mereka juga tidak mengharapkan jutaan ringgit daripada kita untuk kehidupan mereka tetapi bagi mereka cukuplah dengan kita mengukir satu kejayaan di menara gading dan sentiasa mengingatinya serta mendoakannya...

Ingatlah rakan-rakan sekalian syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu dan ingatlah juga wahai sahabat-sahabat sekalian redhanya Allah terhadap kehidupan kita di dunia ini adalah bersama-sama redhanya kedua ibu bapa kita..

Begitulah betapa diangkatnya darjat kedua ibu bapa di sisi Allah Yang Maha Esa kerana betapa tulusnya hati mereka. Jadi marilah sama-sama kita memuhasabah diri dan lakukan yang terbaik buat ibu dan bapa kita selagi mereka masih di izinkan Allah untuk bersama-sama dengan kita bagi merasai nikmat kehidupan di dunia moga-moga tidak terbinanya satu penyesalan seandainya Allah Yang Maha Esa menjemput mereka ke dunia yang kekal abadi......tidak lupa Al-Fatihah dan doa buat Ibu Dan Ayah yang telah di jemput oleh Ilahi......moga2 rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman......

Hasil Nukilan: Nur Adila, Nor Diyana & Rawiyah

Thursday, January 7, 2010

MANUSIA PENAKUT & PELUPA

Kita manusia yang penakut.....kita juga manusia yang pelupa...

Hari ini kita diatas,
Kita takut esok kita akan jatuh ke bawah.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin kita berada di tempat yang serendah-rendahnya.

Hari ini kita kaya,
Kita takut esok kita akan miskin.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin kita tidak mempunyai apa-apa.

Hari ini kita senang,
Kita takut esok kita akan susah.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin kita hidup diatas kehendaknya.

Hari ini kita gembira,
Kita takut esok kita akan berduka.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin kita pernah kecewa.

Hari ini kita kenyang,
Kita takut esok kita akan lapar.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin ada manusia yang kebuluran.

Hari ini kita muda,
Kita takut esok kita akan tua.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin tidak akan kembali semula.

Hari ini kita hidup,
Kita takut esok kita akan mati.
Tapi.....
Kita lupa kelmarin kita tidak pernah bersedia untuknya.

Hakikatnya.....
Kita manusia sering menginginksn sesuatu yang menyenangkan jua mengembirakan
seolah-olah kita lupa bahawa segala yang dinikmati itu hanyalah pinjaman semata-mata....